Selamat Datang kepada semua pengunjung Unggul-Resources :)

Terus kekal bersama kami menjadi Follower dan Pengunjung VVIP yang setia

dan...

kami akan terus menghargai sokongan anda dengan HADIAH MISTERI seperti yang dinyatakan di bahagian 'PENGUMUMAN'


~ JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ANDA SEMUA ~

Tuesday, April 5, 2011

KHAS BUAT ANDA YANG GEMAR MEMBACA NOVEL

Kali ini saya ingin berkongsi koleksi Siri Novel 'LA TAHZAN' (jangan bersedih) karya penulis terkenal Najla Mahfuzh


MRBK1007 - LA TAHZAN KERANA CINTA
RM 19.90



Cinta bukan paksaan..
Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang merelakan,
Kerana...

Ia terlalu sukar untuk dimengertikan... C.I.N.T.A merupakan satu perasaan halus yang sukar diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagiaan dan ketulusan hati terhadap pasangan masing-masing.

  • Buku ini mempersembahkan kepada anda, apa yang selama ini anda cari...
  • Buku ini adalah jambatan kebahagiaan yang akan melindungi anda dari penipuan atas nama cinta.
  • Buku ini juga adalah petunjuk bagi jalan yang terang, agar anda meraih cinta sejati yang membahagiakan.


MRBK1008 - LA TAHZAN KERANA JODOH
RM 18.00

“Wanita lebih baik dan unggul dari lelaki dalam soal cinta. Wanita lebih mendalam cintanya dari lelaki, lebih ikhlas dan lebih besar pengorbanannya demi cinta. Wanita juga lebih banyak menanggung penderitaan dalam cinta berbanding lelaki”

Setiap wanita mengimpikan sebuah perkahwinan bahagia yang diselubungi perasaan cinta hingga ke akhir hayat. Dalam usaha mencari cinta sejati, berbagai-bagai halangan yang perlu dilalui dan yang pastinya halangan-halangan itu sedikit sebanyak akan membuatkan kita sedih dan patah semangat untuk meneruskan keinginan dalam mencari cinta sejati.

Buku ini menyelitkan rentetan-rentetan cerita dan pengalaman anak-anak gadis yang menghadapi masalah dalam mencari pasangan hidup. Kita harus ingat, tidak semestinya sesebuah perkahwinan itu berakhir dengan kebahagiaan, sebenarnya masih terlalu banyak seumber kebahagiaan yang masih belum kita terokai. Di sini penulis, cuba menyelesaikan masalah mereka dengan member nasihat dan cadangan untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

Jadi bersabarlah dan jangan terlalu sedih.


MRBK1009 - LA TAHZAN GADISKU

RM 18.00

LA TAHZAN GADISKU....Apakah yang paling ditakuti oleh anak-anak gadis masa kini? Masa depan? Walaupun mereka menjalani hidup ini dengan tenang dan bahagia, namun dalam pada itu harus anda akui masih ada banyak perkara yang menyebabkan kegelisahan yang berpanjangan di sebalik semua keceriaan itu.

“ macam mana dengan masa depan saya nanti?”
“ Pasangan bagaimana yang harus saya pilih kelak?”

Bukankah persoalan-persoalan seperti ini sentiasa bermain di fikiran anak-anak gadis kita? Oleh itu, melalui buku ini, penulis bawakan berbagai-bagai kisah penuh inspirasi buat mereka. Kisah-kisah ini di satukan supaya dapat dijadikan panduan dan iktibar serta pengajaran bagi membimbing mereka menjalani hidup yang lebih bermakna. Di samping itu mereka juga perlu sentiasa istiqamah dan seterusnya berserah kepada Allah SWT, InsyaAllah masa depan mereka pasti cerah.


2 comments:

  1. eja dah beli novel la tahzan kerana jodoh best.heheeh link komen ye http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/04/rugi-kalau-tak-jawab-soalan-eja-ni.html

    ReplyDelete
  2. assalamu'alaikum eja..

    oh, dh beli? beli la juga yg lain2.. hehe
    nanti akak link komen link eja bg tu :)

    ReplyDelete